Tuesday, February 15, 2011

Sambutan Maulidur Rasul

Hari ini merupakan hari sambutan Maulidur Rasul bagi umat Islam di seluruh dunia. 
Umat Islam di seluruh dunia menyambut Maulidur Rasul dengan penuh meriah.
Rasullah menegaskan tunjang kepada kewujudan ummah terbilang diasaskan dengan 
penerapan nilai akhlakseperti sabda baginda yang bermaksud "sesungguhnya allah menyerahkan agama
itu pada diri seorang,maka tidak baik agama itu melainkan dengan ketinggian dan keelokkan 
akhlak


Thursday, February 10, 2011

Keadaan saya berlajar di sekolah pada hari jumaat

                       Saya bangun pada pukul 6:30.Saya kena cepat pergi ke sekolah.Saya mandi, sembahyang subuh dan bersarapan.Selepas itu saya pergi sekolah dengan menaiki mama saya. Setiba saya di sekolah,saya berborak bersama rakan saya yaitu Faiz,Haq dan Rafiuddin.Mereka ini kawan sekelas saya.Kami selalu menolong guru megangkat buku.kami juga mengulang kaji pelajaran bersama-sama.Selepas pulang ,saya pergi bermain bola sepak bersama rakan-rakan saya .selepas tamat permainan saya pulang ke rumah. Saya mandi dan sembahyang maghrib selepas itu saya sembahyang isyak . Dan akhirnya sayapun tidur

Sunday, February 6, 2011

Aktiviti hari Ahad bersama sepupu

Hari ini saya bangun pada pukul 8.00 pagi. Saya terus ambil tuala dan masuk ke dalam bilik mandi supaya tidak terlambat untuk makan pagi bersama keluarga saya. Pada pukul 12.00 tengah hari, saya menolong ibu saya membasuh pinggan mangkuk di dapur. Pada waktu petang, saya bermain dam bersama sepupu saya.

Selepas tamat bermain dam, bapa saya membawa kami pergi ke padang di Bandar Botanik berdekatan Bukit Tinggi. Kami bermain jongkang-jongket dan gelongsor. Adik saya pula bermain bola sepak bersama ayah kami. Setelah senja, kami pun pulang ke rumah.

Selepas pulang, saya terus ambil tuala dan mandi. Selepas mandi, saya terus sembahyang berseorangan. Sebelum tidur saya menggosok gigi dan membasuh kaki. Saya akan menulis lagi untuk hari esok
 

Ini blog post pertama saya

Nama penuh saya ialah SaifDinie Ifwat Bin Muhammad Zaidi. Saya berasal dari Klang, Selangor. Saya berumur 11 tahun.

Saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Taman Sri Andalas, Klang.