Hari ini saya bangun pada pukul 8.00 pagi. Saya terus ambil tuala dan masuk ke dalam bilik mandi supaya tidak terlambat untuk makan pagi bersama keluarga saya. Pada pukul 12.00 tengah hari, saya menolong ibu saya membasuh pinggan mangkuk di dapur. Pada waktu petang, saya bermain dam bersama sepupu saya.
Selepas tamat bermain dam, bapa saya membawa kami pergi ke padang di Bandar Botanik berdekatan Bukit Tinggi. Kami bermain jongkang-jongket dan gelongsor. Adik saya pula bermain bola sepak bersama ayah kami. Setelah senja, kami pun pulang ke rumah.
Selepas pulang, saya terus ambil tuala dan mandi. Selepas mandi, saya terus sembahyang berseorangan. Sebelum tidur saya menggosok gigi dan membasuh kaki. Saya akan menulis lagi untuk hari esok
No comments:
Post a Comment